PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus pusat hiburan maut ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki di di hadapan pusat hiburan awal pagi ini.

Kejadian itu berlaku di di Jalan Sg Jernih 8/1, Seksyen 8, Petaling Jaya, kira-kira pukul 6.38 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, insiden itu berlaku apabila kumpulan lelaki yang menaiki empat kereta memukul mangsa.

“Lelaki yang cedera parah itu telah bertindak lari menyelamatkan diri ke dalam pusat hiburan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Zaini berkata, hasil pemeriksaan kamera litar tertutup mendapati mangsa bertengkar dengan beberapa lelaki di luar pusat hiburan itu sejam sebelum kejadian.

Tiga lelaki berusia antara 20 hingga 31 tahun telah ditahan untuk siasatan.

Polis juga merampas empat kereta bersama tiga bilah parang.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette