Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tidak ada rahsia mengenai penemuannya dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu adalah kawan karibnya sejak 30 tahun.

“Kami selalu bertemu. Semua orang mengetahuinya,” kata Hishammuddin.

Ahli Parlimen Sembrong itu mengulas dakwaan pertemuan Hishammuddin dengan Azmin di Ampang baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Alwi Che Ahmad pula mengakui Hishammuddin ada menjemputnya datang ke pejabatnya.

Dakwa Alwi, semasa beliau tiba terdapat 30 orang pemimpin sudah berada di sana.

Azmin dan Hishammuddin didakwa sebagai dalang di sebalik sokongan pemimpin-pemimpin UMNO kepada Dr Mahthir.

Jawapan Hishammuddin menerusi itu mendapat perhatian netizen yang mengetahui persahabatan antara kedua-dua pemimpin itu.

Katanya, Hishammuddin dan Azmin juga menetap dalam kejiranan yang sama.

Netizen itu juga mempersoalkan adakah pertemuan Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli boleh didakwa sebagai perjumpaan konspirasi.

Khairy Jamaluddin kemudian menjawab secara sinis.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pertemuannya dengan Nurul Izzah dan Rafizi tidak boleh dianggap sebagai pertemuan konspirasi kerana mereka tidak bertemu dengan 20 orang Ahli Parlimen UMNO dan bercakap mengenai pembelotan. – MalaysiaGazette