Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – “Keluarga arwah termasuk ibu bapa dan adik berada di sisi Adib  dari pagi tadi sehingga malam ini,” kata Menteri Perumahan dan Kerajan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah akibat dipukul semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman sememangnya telah dimaklumkan tentang keadaan Allahyarham sejak pagi tadi lagi.

“Jenazah akan dibawa menaiki helikopter untuk dihantar pulang ke kampung halamannya di Kedah.

“Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zohor,” katanya pada sidang media di Institut Jantung Negara (IJN)  di sini, sebentar tadi.

Muhammad Adib dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre pada 26 November lalu selepas teruk dipukul dalam kejadian tersebut.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke IJN untuk rawatan rapi.

Semalam, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh  ada 9.41 malam tadi.  – MalaysiaGazette