Setelah kuat dikecam oleh netizen, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan agar media dan wartawan lebih waspada dalam membuat laporan masing-masing.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR- Pemuda Pakatan Harapan (PH) menggesa pemimpin parti supaya melakukan saringan ketat terhadap mana-mana individu atau ahli-ahli parti pembangkang yang berhasrat untuk menyertai perikatan parti tersebut.

Dalam satu kenyataan yang di sini hari ini, Pemuda PH mahu syarat-syarat ketat dikenakan antaranya mesti lulus saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melakukan pengisytiharan harta secara telus dan tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan.

Kenyataan yang dbuat oleh Ketua Pemuda PH yang juga Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga Timbalan Ketua Pemuda PH, Akmal Nasrullah (PKR), Mohd. Sany Hamzan (Amanah) dan Howard Lee Chuan How (DAP).

Mereka juga meminta supaya individu atau ahli parti pembangkang yang mahu menyertai PH supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat kerana meyokong kerajaan terdahulu sebelum dan semasa PRU-14 lalu.

Mereka juga diharuskan untuk menjadi ahli parlimen bebas terlebih dahulu.

“Pimpinan PH hanya boleh menerima kumpulan ini jika benar-benar berpuas hati mereka telah melepasi syarat yang dikenakan ini.

“Pemuda PH juga ingin menegaskan bahawa pertukaran parti politik tidak boleh sama sekali memberi pengecualian untuk sebarang bentuk siasatan salah laku dan ketirisan dikenakan kepada mana-mana individu,” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya, Pemuda PH juga  mengingatkan kerajaan supaya tidak lupa mandat rakyat yang diberikan melalui undi PRU-14.

“Anak muda mahukan kerajaan yang berintegriti dan bermaruah, bukannya kerajaan yang mendahulukan kuasa dan kepentingan politik. PH bukan satu lesen untuk mencari kekayaan harta dan pengaruh kuasa.

Ujarnya, PH perlu menolak apa jua bentuk kleptokrasi, rasuah dan salahguna kuasa yang dikaitkan dengan UMNO dan BN.-MalaysiaGazette