TERKINI : “Sebelum Solat Jumaat! Semua Tak Mengaku Akan Lompat Parti” – Ismail Sabri

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan beliau telah menelefon salah seorang Ahli Parlimen UMNO yang akan lompat parti pada pagi Jumaat lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor bagaimanapun memberitahu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Fakeh tidak mengaku akan lompat parti.