Zizie dijangka melahirkan bayi perempuan pada Mac tahun depan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Zizie Ezette mengumumkan dia kini sedang hamil bayi perempuan.

Zizie dan suaminya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dijangka menyambut bayi perempuan itu pada Mac depan.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh pelakon tersebut di akaun Instagram miliknya.

Zizie dan Bung mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.

Pasangan itu juga sebelum ini dikurniakan sepasang anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke yang baru berusia setahun.

Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette setahun. – MalaysiaGazette