LONDON – Minyak didagangkan pada paras terendah dalam tempoh 15 bulan berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan kebimbangan masalah bekalan pada tahun 2019.

Niaga hadapan naik 0.8 peratus di New York selepas jatuh 12 peratus dalam tempoh tiga sesi terakhir, kemerosotan tiga hari terbesar sejak 2016.

Presiden China Xi Jinping pula menunjukkan tanda-tanda meredakan pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat dan pasaran pula berharap Rizab Persekutuan menaikkan kadar rizab.

Pasaran masih ragu-ragu terhadap keberkesanan pengurangan pengeluaran minyak dunia oleh OPEC walaupun Arab Saudi menyatakan keyakinan terhadap mekanisme itu.

OPEC dan sekutu-sekutunya akan mengurangkan 1.2 juta tong sehari mulai Januari depan dalam usaha mengawal harga bahan api itu daripada terus menjunam.

“Kebimbangan mengenai kelebihan penawaran dan ekonomi global yang perlahan semakin meluas pada hari ini,” kata Norbert Ruecker, Ketua Penyelidikan Makro dan Komoditi di Julius Baer Group Ltd di Zurich.

Minyak mentah telah merosot hampir 40 peratus daripada paras tertinggi empat tahun pada awal bulan Oktober dan diramalkan merekodkan penyusutan suku paling teruk sejak Disember 2014.

West Texas Intermediate untuk penghantaran Januari, yang tamat pada hari Rabu, didagangkan pada AS$ 46.62 setong, naik AS$0.38 pada New York Mercantile Exchange pada pukul 12:14 waktu London.

Kontrak ditutup susut 7.3 peratus pada hari Selasa. Jumlah dagangan yang didagangkan pada hari Rabu adalah kira-kira 30 peratus melebihi purata 100 hari. Kontrak Februari yang lebih aktif meningkat AS$0. 26 sen kepada AS$46.86.

Brent untuk penyelesaian bulan Februari naik 0.6 peratus kepada AS$ 56.61 setong pada pertukaran ICE Futures Europe di London.

Harga jatuh 5.6 peratus kepada AS$ 56.26 pada hari Selasa, penutupan terendah sejak Oktober 2017.

Penanda aras minyak mentah diniagakan pada premium AS$ 9.75 untuk WTI pada bulan yang sama. – MalaysiaGazette