Penasihat DAP, Lim Kit Siangrucap pada Ceramah Mega Pakatan Harapan Dun Lukut sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Bilik Gerakan Dun Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OKTOBER 2018.
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan semua kebencian dan penghinaan yang diterima UMNO kini disebabkan sikap pemimpinnya yang sebelum ini gagal dalam menyingkirkan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Dakwa beliau, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  oleh pemimpin itu mengakibatkan negara dikecam dan dilabelkan sebagai negara kleptokrasi.

“Kesemua kebencian dan penghinaan ini dibawa oleh para pemimpin UMNO sendiri apabila mereka gagalkan UMNO dan negara Malaysia.

“(Malah mereka )membantunya dan bersubahat dengan Najib dalam skandal pengubahan wang haram 1MDB yang membawa malu kepada negara Malaysia dan dikecam di seluruh dunia sebagai kleptokrasi global.

“Sehingga hari ini, tidak ada penyesalan, penyesalan atau perundingan di kalangan pemimpin UMNO kerana perbuatan buruk ini, bahkan pengkhianatan kepada negara ini,” katanya dalam blog rasmi beliau.

Tulisan itu bagi menjawab kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan beliau bukan sahaja menghadapi penolakan tapi juga penghinaan.

Pendedahan itu dibuat Ahmad Zahid setelah beberapa mesyuarat dibuat dengannya, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai pertemuan rahsia berkenan.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, Ahmad Zahid sebagai orang kanan Najib ketika itu didakwa banyak memainkan peranan dalam ‘menutup’ aktiviti Najib berkaitan 1MDB.

“Zahid sendiri juga mendakwa pada bulan Ogos 2015 bahawa dia telah bertemu dengan keluarga diraja Arab Saudi mengenai RM2.6 bilion dalam akaun perbankan peribadi Najib, tetapi dia telah menolak untuk menyokong kenyataannya dalam tiga tahun yang lalu bagi dengan mendedahkan siapa yang telah dia jumpa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette