Petronas
Gambar hiasan Petronas

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang memiliki 25 peratus kepentingan dalam projek LNG Canada bertindak mengurangkan pengeluaran sehingga 200 juta kaki persegi (cf/d) daripada telaga di timur laut British Columbia disebabkan kejatuhan harga gas asli cecair (LNG).

The Canadian Press yang memetic Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Energy Canada Ltd, Mark Fitzgerald berkata, telaga LNG di timur laut British Columbia itu mampu untuk menghasilkan LNG sebanyak 700 juta cf/d.

“Kita bercakap tentang infrastruktur minyak.

“Gas yang terperangkap di dalam telaga dan jika anda bandingkan dengan harga yang pengeluar-pengeluar gas Kanada terima berbanding rakan-rakan kami di Amerika Syarikat, jumlah sangat besar dan ini melibatkan kos yang banyak kepada kami,” katanya.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan Petronas Energy Canada telah membuat pelaburan besar dalam penerokaan has asli di timur laut British Columbia sejak 2012 sehingga 2016 dengan memiliki lebih 25 pelantar gerudi semasa waktu puncak sekali gua membuktikan sumber-sumber tersebut adalah sebahagian daripada pelan jangka panjangnya untuk membina sebuah terminal eksport LNG.

“Ketika ini hanya satu telaga gerudi sahaja yang beroperasi,” katanya.

Menurut laporan The Canadian Press, pengurangan pengeluaran LNG itu adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah pengeluar dari Kanada yang enggan menjual gas asli mereka pada harga yang selalunya tidak mampu membayar kos pengangkutan paip.- Agensi