Petronas

KUALA LUMPUR – Petronas Energy Canada Ltd (Petronas Canada) telah menggunakan penangguhan pasaran buat sementara waktu disebabkan musim panas bagi melaksanakan penyelenggaraan dan pemeriksaan di kemudahan-kemudahan pengeluarannya.

“Aktiviti penyelenggaraan dan pemeriksaan ini biasanya dilakukan dalam urusan perniagaan biasa oleh syarikat-syarikat pada tempoh tersebut,” kata Petroliam Nasional Berhad (Petronas)  dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan Petronas telah mengurangkan pengeluarannya antara 50 hingga 200 juta kaki padu sehari (mmscfd) disebabkan harganya yang murah oleh Canadian Press semalam.

Tambah syarikat minyak itu, operasinya di Kanada hampir mengeluarkan kapasiti penuh gas asli ceciar kepada 620 mmscfd di North Montney, di Timur Laut British Columbia.

Petronas Canada akan terus menyelaraskan aktiviti-aktivitinya bagi memastikan bekalan tenaga jangka panjang bagi kemampanan tenaga masa depan.

Petronas menguasai 25 peratus kepentingan dalam projek LNG Kanada.

Menurut The Canadian Press, telaga-telaga di British Columbia mampu menghasilkan 700 juta kaki padu LNG. – MalaysiaGazette