P. Prabakaran. foto SYAFIQ AMBAK, 04 MEI 2018

KUALA LUMPUR – P. Prabakaran menyifatkan permohonan maaf Naib Ketua PKR cabang Batu, Rozan Azen Md. Rasip merupakan tindakan yang positif ke arah menyediakan perkhidmatan terbaik kepada Parlimen Batu.

Ahli Parflimen Batu itu berkata, manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan’.

“Walaupun fokus kami di Parlimen Batu amatlah jelas. Ianya semata mata adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik di dalam pejabat mahupun di luar pejabat Parlimen,” katanya.

Pada 24 September lalu, Rozan memohon maaf kepada Prabakaran berikutan pengumuman beliau meletak jawatan sebagai setiausaha kepada Ahli Parlimen Batu itu sebelum itu.

Bagaimanapun, Prabakaran menjelaskan, beliau tidak pernah melangtik Rozan sebagai setiausahanya, sebaliknya Rozan diamanahkan sebagai penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri bagi pejabat Parlimen Batu.

Ketika meminta maaf, Rozan memberi alasan pengumuman itu dilakukan secara terburu buru sehingga menimbulan kesukaran dan implikasi lain.

Rozan berkata, beliau memutuskan untuk manarik balik peletakan jawatannya selepas mengambil kira rayuan masyarakat, khususnya mereka di Parlimen Batu

“Selaku ahli Parlimen Batu dan anggota Parti Keadilan Rakyat, saya memberi jaminan akan terus mendokong agenda reformasi bersama rakan rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan.

“Marilah sama sama kita membina silatulrahim agar kita dapat memikul dan melaksanakan tanggungjawab kita yang diamanahkan oleh pengundi kita semua,” katanya. – MalaysiaGazette