Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli dilantik sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pelantikan Majlis Pimpinan Pusat 2018-2021.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan pelantikan Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim) dan Ali Biju (Ahli Parlimen Saratok) bagi jawatan sama.

Mereka mewakili Sabah dan Sarawak.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

Di bawah ini adalah senarai penuh:

Naib Presiden (Lantikan): Rafizi Ramli
Naib Presiden (Lantikan): YB Chang Lih Kang
Naib Presiden (Lantikan) (Sabah/Sarawak): YB Ali Biju P205 Saratok
Setiausaha Agung: YB DS Saifuddin Nasution Ismail
Bendahari Agung: YB Lee Chean Chung
Ketua Penerangan: YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Setiausaha Pengelola: YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Ahli MPP (Lantikan): YB Lee Khai Loon
Ahli MPP (Lantikan): Sdr Faisal Sanusi
Ahli MPP (Lantikan): YB Syed Ibrahim Syed Noh
Ahli MPP (Lantikan): Sdri Rayyan Abdul Rahim
Ahli MPP (Lantikan): Sdr Raymond Ahuar
Ahli MPP (Lantikan): YB Kesavan Subramaniam
Pengarah Strategi: YB Dato Mansor Othman
Pengarah Komunikasi: YB Fahmi Fadzil
Timbalan Setiausaha Agung: YB Dato Dr R Santhara Kumar
Timbalan Ketua Penerangan: YB Sim Tze Tzin
Timbalan Ketua Penerangan: YB Manivanan Gowin

Mesyuarat itu mencadangkan Tian Chua untuk mengetuai Jawatankuasa Keanggotaan dan Dr Lee Boon Chye mengetuai Jawatankuasa Sistem Pemilihan Parti.

Anwar berkata, perlantikan ini melambangkan gandingan pimpinan dari seluruh pelusuk negara yang pelbagai kaum, merangkumi tua dan muda, lelaki dan wanita yang merupakan kekuatan parti itu. – MalaysiaGazette