Stesen Petronas di Solaris Besraya

KUALA LUMPUR – Stesen minyak Petronas Solaris Besraya telah dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan pada tangki yang bocor.

Petronas Dagangan Berhad (PDB) berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan menyeluruh selepas beberapa kereta mengalami masalah selepas mengisi minyak di stesen yang terletak sepanjang jalan lebuh raya Sungai Besi itu.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh PDB, didapati berlaku kebocoran pada salah satu tangki di stesen minya berkenaan hingga mengakibatkan campuran air dengan minyak.

PDB telah menghubungi pelanggan-pelanggan terlibat untuk membantu mereka.

Kumpulan yang terlibat dalam siasatan akan berada di lokasi sehingga esok untuk memberi bantuan selanjutnya, kata PDB sambil memohon maaf sekali lagi disebabkan masalah tersebut. – MalaysiaGazette