Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu, Senator Datuk Mazuki Yahya (kiri) sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 30 DISEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan memang ada usul yang diketengahkan oleh perwakilan agar beliau mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Namun beliau berkata, janji untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH).

Malah beliau sendiri telah membuat janji agar menjadikan Presiden PKR itu sebagai Perdana Menteri.

“Itu pendapat mereka (perwakilan) tapi (saya) kena pegang kepada janji,” katanya kepada media selepas hadir bagi mendengar perbahasan Dasar Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya samada semua perwakilan yang berada di Dewan Plenary PICC bersetuju dengan usul berkenaan, Mahathir berkata; “Mana saya tahu, tapi ramai yang berdiri.”

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan ada usul daripada seorang perwakilan Kelantan yang mahu Dr Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri, selama sepenggal. -MalaysiaGazette

Perwakilan Bersatu usul Tun M pegang PM sampai PRU-15

1 Komen

  1. Jika kamu Tun berjanji dgn Anwar dgn membelakangi Rakyat, kamu dgn jelas se orang pengkianat kpd Rakyat & Negara.

    Jawatan PM bukan satu benda yg perlu di janji janji antara kedua pihak dgn tidak mengambil Kita kepentingan Rakyat.

    Si Ayah tiada kuasa Mutlak utk menentukan harta peninggalan nya melainkan harta tersebut dah di sisi undang undang yg Ada.

    Apa yg kamu Ada Tun Dan di antara kamu & Anwar, tak lain kesefahaman berdua sj.

    Maka jgn kamu jadi seorang pengkianat kpd Rakyat, kerana Rakyat “is supreme in this matter.”

Comments are closed.