Ada murid yang melakukan kesilapan dengan memadankan kasut hitam dengan stoking putih.
Ada murid yang melakukan kesilapan dengan memadankan kasut hitam dengan stoking putih.

BENTONG – Sesetengah ibu bapa ternyata masih keliru dengan garis panduan Kementerian Pendidikan mengenai warna kasut dan sarung kaki sekolah sehingga ada murid yang dipadankan dengan warna yang salah.

China Press yang melakukan tinjauan dalam program orientasi murid baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Perting di Bentong, Pahang mendapati majoriti murid mengenakan kasut putih berserta stoking putih.

Bilangan murid yang lebih kecil pula mengenakan kasut dan stoking berwarna hitam.

Walaupun begitu, ada murid yang didapati melakukan kesilapan dengan memadankan kasut hitam dengan stoking putih.

Guru besar juga mengingatkan ibu bapa yang melakukan padanan silap bahawa garis panduan Kementerian Pendidikan adalah kasut putih berpadankan stoking putih atau kasut hitam berpadankan stoking hitam.

Selain warna kasut dan stoking, satu lagi pembaharuan dalam sesi persekolahan 2019 ialah tidak lagi ada peperiksaan dan pengagihan kelas mengikut keputusan peperiksaan untuk murid tahun satu hingga tiga.

Di bawah dasar baharu juga, murid tahun satu tidak akan menghadiri kelas yang formal atau diberi kerja rumah pada tiga minggu pertama sesi persekolahan.

Mereka sebaliknya diberi peluang untuk mengenali kawan, cikgu dan kawasan sekolah. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan