Larangan merokok di kawasan restoran dan premis makanan berkuatkuasa tahun depan.

IPOH – Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye menjelaskan, tanda larangan merokok dengan ukuran 40X50 sentimeter (cm) adalah memadai untuk dipamerkan di kedai-kedai kopi.

Boon Chye berkata, tanda tersebut juga harus mempunyai perkataan bahasa Melayu “dilarang merokok” .

Katanya, kemunculan bahasa lain atau logo Kementerian Kesihatan pada tanda larangan merokok bukan isu yang diutamakan.

Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, tanda larangan merokok boleh dibeli di mana-mana sahaja kerana Kementerian Kesihatan tidak menetapkan “ejen khas” untuk tanda itu.

Beliau berkata demikian kepada China Press berikutan kekeliruan yang timbul berhubung tanda larangan merokok yang diwajibkan di semua kedai kopi mulai 1 Januari.

Langkah itu juga selari dengan dasar kerajaan yang memperluaskan zon larangan merokok kepada semua restoran dan kedai makan yang tidak mempunyai pendingin udara.

Tinggalkan Jawapan