TERKINI : Serah kepada SPRM Jika Bersatu Beri Projek – ARMADA

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengecam cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ab Rashid Ab Rahman berhubung pemberian jawatan dan kontrak projek kepada ketua bahagian dan ketua cawangan parti daripada kerajaan.

Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamuddin menegaskan, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat sekiranya perkara itu berlaku dalam Bersatu.

Sambil menolak keras kenyataan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, Ulya menjelaskan, tindakan seterusnya akan diserah kepada badan bebas itu untuk menjalankan siasatan.

“Pemberian projek dan kontrak mestilah mengikut kelayakan, tetapi jika tidak ikut prosedur, Armada menentang habis-habisan.