Raja Petra Kamarudin
Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin

KUALA LUMPUR – Raja Petra Kamarudin mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang berada dalam ‘ketakutan’ sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sempat menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Dalam satu ciapan di Twitter, Raja Petra berkata, ia menjadi ‘ketakutan terbesar’ Anwar setakat ini kerana ia berkaitan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Ketakutan terbesar Anwar adalah tidak kepada faktor Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan PM kepadanya.

“Tetapi Mahathir akan mati sebelum dia mempunyai peluang untuk menyerahkan jawatan itu,” katanya di Twitter.

Mengulas lanjut, sekiranya perkara itu terjadi maka Wan Azizah akan dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Mahathir.

Bagaimanapun, Raja Petra berkata, Wan Azizah tidak akan memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar kerana hilang kepercayaan.

“Wan Azizah akan mengambil alih sebagai Pemangku PM dan dia tidak akan menyerahkan jawatan kepada Anwar yang beliau tidak percaya,” katanya lagi.

Hari ini, Anwar berkata, beliau dan Mahathir mempunyai perjanjian mengenai tempoh sebenar peralihan kuasa antara kedua-dua mereka. -MalaysiaGazette