tahun 1
Seorang murid tahun satu hadir ke sekolah pada sesi pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2019.

PUTRAJAYA – Seperti biasa pelbagai ramai dapat dilihat anak-anak yang memasuki alam persekolahan.

Jika dahulu ramai murid tahun satu menangis pada hari pertama dan terpaksa ditemani ibu bapa sepanjang, namun senario demikian semakin berkurangan.

MGF02012019_HARI PERTAMA SEKOLAH_25
Antara gelagat murid-murid tahun satu sebaik masuk ke dalam dewan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 02 JANUARI 2019.

Mungkin kerana mereka telah biasa dengan alam persekolahan kerana dihantar menghadai pra sekolah sebelum ini.

Pegawai Teknologi Maklumat Kementerian Pendidikan, Nooraida Niza Jafri, 35, yang menghantar Razin Amzar, 7, ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) hari ini teruja dengan sikap anak tunggalnya itu yang bersemangat untuk belajat sebaik sahaja melangkah memasuki kawasan sekolah.

Katanya, Razin yang pernah belajar di prasekolah pada mulanya menunjukkan rasa tidak gemar ke sekolah.

MGF02012019_SESI PERTAMA SEKOLAH21
Ibu murid, Nooraida Niza Jafri, 35, bercakap pada sesi pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2019.

“Semalam dia menunjukkan mood tak nak ke sekolah. tetapi selepas bersiap dan mengenakan uniform baharu sekolah, reaksi dia sudah lain, tidak henti senyum sehingga ke masuk bilik darjah hari ini.

“Pagi ini tiada masalah, saya berjaya uruskan dia, tetapi esok tak pasti lagi bagaimana perangai dia nanti.

“Sebab di rumah dia seorang akif bergaul dengan orang kecuali di luar sangat pendiam, mungkin perlukan masa untuk dia berkawan di sekolah untuk kembali normal,” ujarnya.

Pelbagai gelagat murid Tahun Satu mencuit hati antaranya ada yang mengantuk dengan mata bengkak ketika membaca ikrar, mungkin tidak cukup tidur.

MGF02012019_SESI PERTAMA SEKOLAH11
Gelagat seorang murid menguap pada sesi pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2019.

Ada yang ceria sambil menunjukkan tanda ‘peace’ dan ada yang merenung tajam lensa kamera jurufoto MalaysiaGazette sehingga masuk blik darjah.

Seramai 375 murid didaftarkan di tahun 1 skeolah berkenaan daripada jumlah keseluruhan seramai 1,944 orang.

Ibu bapa pula kelihatan tekun mendengar taklimat sesi perhimpunan yang dihadiri lebih 114 orang guru sekolah berkenaan pagi ini.

Sementara itu, Md Norzalizan Mahamad, 37 berkata, beliau menghadapi kesulitan memujuk anaknya, Muhamad Izziaulhaq, yang tertidur di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah.

MGF02012019_SESI PERTAMA SEKOLAH22
Md Norzalizan Mahamad, 37, bercakap pada sesi pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2019.

“Anak kedua saya ini baru hari ini melangkah masuk ke tahun 1 yang mana persekitaran serba baharu untuk dia akan berdepan dunia persekolahan yang agak mencabar ketika ini.

“Tetapi dia seorang yang minat sukan bola sepaak, apabila lihat padang permainan sekolah dia teruja nak ke sekolah, dan saya pada mulanya bimbang akan reaksi dia, lega juga lihat perangainya yang menggembirakan saya lagi,” ujarnya yang merupakan juruukur tanah.

Juruteknik makmal veterinar, Mohd Faizal Ismail, 34, yang bekerja di Salak Tinggi berkata, beliau tidak berdepan masalah untuk menghantar Nur Nabilah Mohd Faisal ke sekolah hari ini.

MGF02012019_SESI PERTAMA SEKOLAH23
Bapa Murid, Mohd Faizal Ismail, 34, bercakap pada sesi pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2019.

“Dia seorang pandai menguruskan diri tanpa bergantung kepada kami sepenuhnya di rumah.

“Apabila membuat persiapan sekolah sejak kelmarin dia tenang dan semalam diminta tidur awal dia tidak dapat melelapkan mata sebab tidak sabar untuk melangkah masuk ke sekolah dan menghirup udara persekitaran bilik darjah dan kasih sayang guru dan rakan sekelas.

“Dia tidak menunjukkan sebarang keengganannya ke sekolah hari ini, sebab dia sudah biasa ikut kami untuk menghantar abangnya ke sekolah sebelum ini, berkemungkinan dia sudah tidak ada kerisauan berdepan sesi sekolah,”katanya. – MalaysiaGazette

MGF02012019_SESI PERTAMA SEKOLAH20
Sebahagian murid tahun satu menaiki tangga untuk ke kelas pada sesi pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2019.