Datuk Ahmad Maslan
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Maslan mendakwa rakyat di negara ini telah dinafikan hak untuk mendapatkan mendapatkan harga minyak yang murah.

Berdasarkan kedudukan harga minyak dunia sekarang, kata Ahli Parlimen Pontian itu,  RON95 sepatutnya dijual pada harga RM1.70 seliter berbanding RM1.90 sebelum ini.

“Mengikut Prof Madya Dr Ahmed Razman dari #UPM, minyak (RON95) kini boleh dijual pada harga RM1.70 seliter. Kiraan sblm ini RM1.90,” kata Ahmad di laman Twitter.

Kerajaan yang menetapkan subsidi harga RON95 sebanyak RM2.20 selepas memansuhkan mekanisme apungan mingguan yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Penetapan itu bagi menunaikan janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagaimanpun, pengekalan harga RON95 itu disifatkan sebagai cukai kepada rakyat Malaysia memandangkan harga minyak mentah dunia menjunam sehingga 30 peratus sejak tiga bulan lalu.

Penurunan itu disebabkan lebihan pengeluaran daripada Amerika Syarikat serta unjuran kelembapan ekonomi dunia pada tahun ini.

Pada Disember lalu, Menteri Kewangan mengumumkan untuk melaksanakan semula sistem apungan mingguan tetapi ditangguhkan sehingga akhir bulan ini.

Penangguhan itu bagi membolehkan Perdana Menteri dan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia berbincang.

Setakat hari ini, belum ada kenyataan dibuat berhubung pertemuan yang diadakan semalam.  – MalaysiaGazette