Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas bercakap pada sidang media mengenai PRK Cameron Highlands di Wisma PPP, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 06 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Tan Sri M Kayveas berkata beliau masih memegang jawatan Presiden MyPPP dan perletakan jawatan beliau adalah tidak sah.

Menurutnya, hanya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang membolehkan beliau disingkirkan sebagai pemimpin parti itu.

“Dalam Perlembagaan MyPPP, kamu tidak boleh singkirkan Presiden kecuali melalui Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Luar Biasa (EGM). Saya sendiri pun tidak boleh letak jawatan.

“Sebelum ini, ROS minta saya selesaikan sendiri dengan Maglin. Saya bertemu dengannya tiga kali, tapi beliau enggan selesaikan,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Katanya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih mengesahkan beliau masih sah sebagai Presiden MyPPP.

Mei lalu, AGM MyPPP memutuskan Datuk Seri Maglin D’Cruz dinamakan sebagai Presiden baharu parti itu menggantikan Kayveas.

Ia berhubung statusnya sebagai presiden MyPPP yang bertindih dengan D’Cruz. – MalaysiaGazette