Foto Instagram Linda Rafar.

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Elite, Linda Rafar kembali membuka mulut apabila memohon peminat dan pengikut laman sosial miliknya agar tidak terlalu risau tentang keadaan dirinya sekarang ini.

Menerusi Instagramnya, Linda turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sikap prihatin pengikutnya itu.

Dia berjanji akan memberitahu mereka sekiranya ada apa-apa perkembangan berkaitan kes terbaharunya itu.

“To all my followers.. don’t worry to much I’m okay. Its okay to keep silent than being bold. For bold could be injurious and silent could be gold.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa, concern dan highest understanding to give me the space I need to breathe and think. Will keep u guys posted on my progress,” tulisnya.

Linda mencetuskan kontroversi selepas meluahkan rasa kecewa apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan oleh seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Bagaimanapun, kes itu menjadi semakin besar apabila Delegation of Nurses (DON) memberi tempoh tujuh hari kepada Linda untuk membuat permohonan maaf kepada jururawat berkenaan atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Pelakon itu kemudiannya mengambil keputusan enggan membuka mulut daripada memberi sebarang komen berkenaan isu tersebut. – MalaysiaGazette