TERKINI : 35 Pasukan Sertai Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019

Memasuki edisi ke 17, Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) yang membuka tirai hari ini menyaksikan 35 penyertaan daripada pelbagai negara bagi merebut gelaran juara. Menurut Pengurus Besar RLYC, Tayfun Koksal berkata 35 penyertaan itu bagi merebut tujuh kelas kejohanan yang dipertandingkan kali ini.

“Regatta 2019 disertai 35 peserta menyaksikan kemunculan pelayar veteran dari 8 negara Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Rusia, Singapura, Malaysia, Jepun dan Thailand,” katanya dalam sidang media sempena RLIR 2019 sebentar tadi.

Ketujuh-tujuh kelas berkenaan adalah Racing yang memburu trofi Cabaran Perdana Menteri, IRC 1, IRC 2, Sportsboat, Cruising Club, Multihul, dan Sail White.

Piala untuk kelas utama perlumbaan bakal disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Patron RLYC pada malam kemuncak kejuaraan, 12 Januari ini.