Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan membuat siasatan secara telus dan akauntabiliti terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan salah laku dalam pentadbiran lepas.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, kerajaan hanya akan ambil tindakan sekiranya mendapat bukti kukuh walaupun melibatkan negara asing.

“Saya tidak sedar tentang rundingan itu. Saya tidak tahu mengenai laporan WSJ (Wall Street Journal) dan tiada butiran mengenainya.

“Kerajaan baru akan memastikan keseluruhan proses mesti telus. Sekiranya sesiapa bertanggungjawab melakukan kesalahan, maka sudah tentu tindakan harus diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat urusan Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) di Faber Imperial Court hari ini.

MGF08012019_AMCHAM_05
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua kanan) diiringi Presiden AMCHAM, Ramzi Taubassy (dua kiri) mendengar penerangan dari Pengarah Eksekutif AMCHAM, Siobhan Das (kiri) ketika melawat ruang pejabat pada Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Eksekutif Baharu Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) di Pejabat Eksekutif AMCHAM, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 08 JANUARI 2019

Beliau mengulas laporan WSJ hari ini yang mendakwa China pada 2016 menawarkan untuk menebus 1Malaysia Development (1MDB) yang berdepan masalah kewangan sebagai balasan untuk projek saliran paip bawah program One Belt, One Road.

Laporan itu memetik dokumen yang dikatakan sebagai minit mesyuarat antara Malaysia dan China yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Laporan WSJ itu merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah didakwa dibiayai oleh bank-bank China dan melibatkan pekerja dari negara itu.

Selain itu, laporan itu juga mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak mengadakan rundingan sulit bagi membenarkan tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan di Malaysia. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/08/1mdb-guan-eng-mahu-tengok-minit-mesyuarat-china-malaysia/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast