Hantaran di laman Twitter memaklumkan bapa kepada penyanyi Aizat, Dato Amdan Mat meninggal dunia.
Hantaran di laman Twitter memaklumkan bapa kepada penyanyi Aizat, Dato Amdan Mat meninggal dunia.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi Aizat, Dato Amdan Mat Din meninggal dunia pukul 1.10 pagi tadi.

Aizat memaklumkan berita kehilangan bapanya itu menerusi hantaran di laman Twitter.

Menurut beliau, jenazah kini di kediaman bapanya di Taman Ampang Utama sehingga pukul 11 pagi sebelum dibawa ke Masjid Kampung Melayu Ampang.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat zohor.

Takziah kepada Aizat dan keluarga. Al-Fatihah. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan