Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.

KUALA LUMPUR – FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini dipacu minat belian yang ketara dalam saham berwajaran tinggi, dengan sedikit pengambilan untung dalam asas pasaran.

Pada 5 petang, indeks penanda aras itu meningkat 11.05 mata untuk ditutup pada 1,678.88 daripada 1,667.83 ketika ditutup pada Rabu.

FBM KLCI bergerak antara 1,669.28 dan 1,681.23 selepas dibuka 9.55 mata lebih tinggi kepada 1,677.38.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung adalah sama banyak dengan kaunter rugi iaitu 435 manakala 361 kaunter tidak berubah, 633 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Pasaran aktif hari ini dengan jumlah dagangan meningkat kepada 3.45 bilion saham bernilai RM2.66 bilion daripada 3.02 bilion saham bernilai RM2.52 bilion pada Rabu.

Antara saham berwajaran tinggi, Maxis meningkat 18 sen kepada RM5.64, IHH Healthcare dan Petronas Chemicals masing-masing naik 15 sen kepada RM5.75 dan RM8.70 manakala TNB dan MISC bertambah 20 sen kepada RM13.86 dan RM6.43, serta Petronas Gas menokok 48 sen kepada RM17.98.

Bagi saham aktif, V.S. Industry naik 11.5 sen kepada 86.5 sen; JAKS Resources menokok 5.5 sen kepada 52 sen; MY E.G menambah tiga sen kepada RM1.08; Sino Hua-An meningkat tiga sen kepada 22 sen; Hibiscus Petroleum naik 1.5 sen kepada 97 sen manakala Bumi Armada dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada 15.5 sen dan 30 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 83.88 mata kepada 11,565.37, Indeks FBMT 100 menokok 84.55 mata kepada 11,451.71 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 130.79 mata kepada 11,486.21.

Indeks FBM Ace turun 44.58 mata kepada 4,427.35 dan FBM 70 melonjak 137.56 mata kepada 13,450.58.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri naik 1.8 mata kepada 164.71, Indeks Kewangan menambah 19.29 mata kepada 17,389.05 manakala Indeks Perladangan meningkat 74.93 mata kepada 7,040.93.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.74 bilion saham bernilai RM2.53 bilion daripada 2.15 bilion saham bernilai RM2.35 bilion pada Rabu.

Waran mencatatkan jumlah dagangan sebanyak 419.03 juta unit bernilai RM76.94 juta berbanding 465.93 juta unit bernilai RM92.74 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 291.88 juta saham bernilai RM47.59 juta daripada 401.55 juta saham bernilai RM75.51 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 226.87 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (719.70 juta), pembinaan (297.34 juta), teknologi (358.43 juta), SPAC (6.58 juta), perkhidmatan kewangan (40.19 juta), hartanah (154.81 juta), perladangan (55.73 juta), REIT (12.30 juta), dana tertutup (3,100), tenaga (665.46 juta), penjagaan kesihatan (66.07 juta), telekomunikasi dan media (35.87 juta) ), pengangkutan dan logistik (49.79 juta) dan utiliti (47.32 juta). – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan