Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat pembiayaan berjumlah RM144 juta untuk projek Solar Berskala Besar (LSS) di Bukit Selambau, Kuala Muda, Kedah.

TNB Bukit Selambau Solar Sdn. Bhd. (TBSS) dan MUFG Bank telah memuktamadkan perbiayaan projek itu baru-baru ini.

TNB berkata, MUFG Bank akan menyediakan pembiayaan dan keperluan modal kerja bagi projek berkenaan.

TBSS adalah syarikat khas yang ditubuhkan untuk mengendalikan LSS di Kuala Muda dan ia adalah projek yang dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga menerusi bidaan.

TNB dan TBSS telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga untuk projek berkenaan pada awal Mac tahun lalu.

Projek yang dijangka siap pada suku keempat 2020 itu menjana kapasiti 30 megawatt. – MalaysiaGazette