MacKenzie Bezos

NEW YORK – Perceraian MacKenzie Bezos dengan pengasas Amazon.com Inc, Jeff Bezos akan menjadikannya wanita paling kaya di dunia.

Buat masa ini, Francoise Bettencourt Meyers, cucu pengasas kosmetik L’Oreal SA, adalah wanita terkaya di dunia, dengan nilai bersih aset sebanyak AS$ 45.6 bilion, menurut Indeks Billionaires Bloomberg, ranking dunia bagi 500 individu terkaya.

Setakat ini, masa ada MacKenzie mahupun Bezos belum mengulas mengenai pembahagian aset pasangan itu.

Ia termasuk 16 peratus kepentingan dalam Amazon.

Tetapi tanpa perjanjian yang menyatakan sebaliknya, kekayaan mereka hampir pasti akan dibahagikan sama rata, menurut Karin Lundell, rakan kongsi di firma undang-undang Rower LLC di New York.

Dengan nilai aset sebanyak AS$137.2 bilion, Jeff adalah individu erkaya di dunia, menurut Indeks Billionaires Bloomberg, meskipun berlaku pembahagian aset, akan menjadikan MacKenzie, seoranng penulis, wanita terkaya dengan aset kira-kira AS$69 bilion.

Walaupun seandainya beliau menerima pembahagian sedikit iaitu sebanyak 1 peratus daripada kekayaan, MacKenzie masih akan menyertai ‘kelab’ tersebut.

Kebanyakan daripada 66 wanita dalam indeks Bloomberg mendapat kekayaan daripada kematian atau perceraian.

Hanya enam wanita yang menyertai liga itu benar-benar kaya atas usaha mereka.

Perceraian pasangan itu diumumkan pada hari Rabu. – MalaysiaGazette