TERKINI : Mata Hari KL Buru Kejuaraan Kali ke 5 #RegattaLangkawi2019

Tumpuan kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019 kini terarah ke pasukan Mata Hari KL Registry yang dalam misi untuk meraih kejuaraan kali kelima bagi kategori IRC1.

Merasakan peluang terbuka luas untuk mencapai misi itu, saingan hari ketiga dimulakan pasukan tempatan dengan rentak cemerlang.

Pasukan bimbingan Vincent Chan itu setakat ini mendahului kelas IRC1 selepas melakar tiga kemenangan dengan terbaru pada perlumbaan 3.

Bagaimanapun, Mata Hari hari ini gagal menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan jauh ditinggalkan East Marine Emagine di tempat pertama.