Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang menjalankan tugas-tugas Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hassan bercakap pada sidang media Pengumuman calon BN bagi PRK Parlimen P.078 Cameron Highlands di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Tenang dan selamba. Begitulah reaksi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang pertama kali diberi tanggungjawab mengumumkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil.

Beliau yang tiba di bilik pengumuman calon di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 11 pagi memulakan mukadimahnya dengan mengucapkan selamat datang kepada ketua-ketua parti komponen BN.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mad Hasan mengambil masa kira-kira 10 minit mengumumkan calon, sebelum membuka peluang kepada wartawan mengajukan soalan.

Beberapa wartawan yang bertanyakan soalan mengenai calon dan kenapa BN memilih seorang Orang Asli, dengan tenang dan ringkas beliau menjawabnya sehingga tidak ada pertanyaan lanjut dari pengamal media.

MGF10012019_PENGUMUMAN CALON BN01
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang menjalankan tugas-tugas Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hassan bercakap pada sidang media Pengumuman calon BN bagi PRK Parlimen P.078 Cameron Highlands di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 JANUARI 2019

Semua jawapannya ‘mematikan’ pertanyaan media berhubung pemilihan calon yang pertama kali dibuat bukan dalam kalangan pemimpin atau ahli mana-mana parti dari komponen BN.

“Nama saya pun disenaraikan (sebagai calon), tapi Cameron Highlands jauh dari Negeri Sembilan,” katanya menjawab soalan dari portal Malaysiakini.

Beliau juga sempat berjenaka dengan wartawan yang bertanyakan soalan berkaitan pengumuman Datuk M Kayveas yang turut mengumumkan akan bertanding atas tiket bebas pada PRK Cameron Highlands.

“Semoga berjaya,” katanya yang mendapat tepukan daripada penyokong BN yang hadir pada majlis itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan