Keadaan ular yang dilitupi kutu.

QUEENSLAND – Beberapa pemburu ular berjaya menyelamat seekor ular sawa yang ditemui dengan dilitupi beratus-ratus kutu.

Video yang dikongsikan menunjukkan reptilia itu dalam keadaan sakit dan badannya penuh dengan parasit di belakang kolam renang di Gold Coast.

Ular itu kemudian dibawa ke klinik hidupan liar dan ia dijangka pulih selepas lebih 500 kutu dibersihkan daripada badannya.

Pemburu ular, Harris percaya reptilia itu berada berhampiran kolam renang untuk membersihkan badannya daripada kutu-kutu berkenaan.

“Sememangnya ular itu sangat tidak selesa. Seluruh wajahnya bengkak dan ia benar-benar dilitupi kutu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan