Bakhtiar Mohd. Nor

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Mohd. Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia di Hospital Kajang pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 4.45 pagi dipercayai akibat serangan jantung, menurut kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah.

“Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga beralamat di Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

“Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Allahyarham juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hulu Langat.- MalaysiaGazette