Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, penukaran itu berasaskan persetujuan bersama oleh semua ketua bahagian parti secara konsensus.

“Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Mohammad Hasan telah bersetuju melantik Ahmad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad merupakan bekas Menteri Besar Terengganu sebelum ini.

Sementara itu, pucuk pimpinan UMNO juga bersetuju melantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Othman.

UMNO, kata Annuar menghargai sumbangan Abdul Ghani sepanjang memegang jawatan berkenaan.- MalaysiaGazette

UMNO tolong tukar perhubungan negeri

Tinggalkan Jawapan