Baby Chanco bersama Sato Kondo untuk iklan syampu Pantene
Baby Chanco bersama Sato Kondo untuk iklan syampu Pantene

TOKYO-Insta-famous cilik dari Jepun yang mempunyai pengikut seramai 300,000 orang, Baby Chanco berjaya memperolehi kontrak iklan daripada jenama syampu, Pantene.

Bayi comel berusia setahun itu mempunyai rambut yang sangat lebat pernah dicadangkan oleh majalah Amerika Syarikat, People supaya diterima sebagai seorang model iklan syampu.

Tidak lama selepas itu, Baby Chanco berjaya mengikut jejak langkah artis ternama Selena Gomez sebagai jurucakap Pantene.

Dalam salah satu gambar yang diambil daripada iklan terbaharu Pantene dan dimuatnaik ke dalam instagramnya, Baby Chanco bergaya bersama seorang personaliti televisyen Jepun, Sato Kondo.

Instagram si comel itu diuruskan oleh ibunya, Mani Kano.- Agensi

Tinggalkan Jawapan