KUALA LUMPUR – Kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) atau mereka yang biasa di kawasan universiti berkenaan pasti perasan dengan sebatang pokok besar yang menjadi ikonik di kawasan kampus berkenaan di Serdang.

49525731_10215764051485874_5192131190416474112_n

Ia bukan sahaja sering menghiasi iklan televisyen, akhbar, majalah, drama dan filem sebelum ini malah pesawat Airbus 320 AirAsia.

49671257_10215764052285894_3006989148906061824_n

Namun pada 6 Januari  lalu, pokok Telinga Gajah Enterolobium Cyclocarpum itu ‘rebah’ akibat serangan kulat, seperti dilaporkan oleh media sosial milik UPM hari ini.

49864754_10215764053325920_2593556460281528320_n

Ia bukan sahaja mengundang kesedihan warga UPM malah turut dikongsi oleh masyarakat Lembah Klang dan peminat alam sekitar.

Pokok berusia 40 tahun itu yang terletak di bukit di Ladang 16 tumbang akibat serangan kulat Rigidoporus lignosus yang menyebabkan penyakit akar putih (white root disease).

49778686_10215764139288069_6577431286393077760_n

“Serangan kulat itu menyebabkan berlakunya pereputan pada pangkal batang dan akar utama hingga akhirnya pokok itu rebah,” kata kenyataan yang sama.

Sebelum itu, sekumpulan pakar UPM yang mula menyedari tanda pokok itu diserang penyakit telah memulihkannya sejak tahun lalu dengan membuat rawatan tanah untuk menggalakkan pertumbuhan pokok.

Namun mereka gagal mengimbangi kerosakan penyakit yang telah lama menyerang dan lama merebak.

“UPM akan menggantikan pokok kesayangan ramai ini dengan pokok yang sama setelah rawatan tanah dibuat dengan kadar yang segera,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan