Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan ditutup tinggi didorong oleh minat belian dalam saham murah dan saham wajaran tinggi terpilih.

Ketika ditutup, penanda aras asas FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,683.22 berbanding 1,678.88 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks bergerak antara 1,676.75 dan 1,684.99 selepas dibuka 6.11 mata lebih tinggi pada 1,684.99.

Bagi pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 569 berbanding 294 manakala 340 kaunter tidak berubah, 660 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.89 bilion saham bernilai RM2.17 bilion berbanding 3.45 bilion saham bernilai RM2.66 bilion pada Khamis.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maxis naik enam sen kepada RM5.70, Dialog menokok lapan sen kepada RM2.88, RHB Bank melonjak 11 sen kepada RM5.45, Sime Darby Plantation meningkat lima sen kepada RM5.10 dan Top Glove naik 10 sen kepada RM4.80.

Maybank, TNB, Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM9.45, RM13.86, RM8.70 dan RM5.65, manakala Public Bank jatuh empat sen kepada RM24.76 dan IHH Healthcare turun dua sen kepada RM5.73.

Dalam kalangan saham cergas, Sapura Energy, Bumi Armada dan Orion IXL masing-masing menokok satu sen kepada 31 sen, 16.5 sen dan 14.5 sen, FGV melonjak 7.5 sen kepada 86 sen, Yong Tai meningkat 4.5 sen kepada 42 sen, V.S Industry naik 1.5 sen kepada 85 sen dan MY E.G turun tiga sen kepada RM1.05.

Indeks FBM Emas meningkat 52.66 mata kepada 11,618.03, Indeks FBMT 100 naik 49.51 mata kepada 11,501.22 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 81.26 mata kepada 11,567.47.

Indeks FBM Ace naik 30.75 mata kepada 4,458.10 dan FBM 70 melonjak 140.8 mata kepada 13,591.38.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.16 mata kepada 164.87, Indeks Kewangan meningkat 26.58 mata kepada 17,415.63 manakala Indeks Perladangan naik 76.71 mata kepada 7,117.64.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 2.16 bilion saham bernilai RM2.04 bilion berbanding 2.74 bilion saham bernilai RM2.53 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 360.78 juta unit bernilai RM70.44 juta berbanding 419.03 juta unit bernilai RM76.94 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 371.18 juta saham bernilai RM60.20 juta berbanding 291.88 juta saham bernilai RM47.59 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 300.34 juta saham di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (480.81 juta), pembinaan (192.86 juta), teknologi (122.23 juta), SPAC (9.59 juta), perkhidmatan kewangan (42.12 juta), hartanah (153.77 juta), perladangan (120.89 juta), REITs (5.02 juta), dana tertutup (100), tenaga (575.17 juta), penjagaan kesihatan (56.74 juta), telekomunikasi dan media (40.87 juta), pengangkutan dan logistik (35.54 juta), dan utiliti (21.70 juta). – MalaysiaGazette