KUALA LUMPUR – Parti Gerakan memutuskan untuk tidak bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Setiausaha Agungnya, Mah Kah Keong berkata, keputusan itu dicapai oleh pucuk pimpinan parti selepas banyak perundingan dan perbincangan diadakan dengan anggota akar umbi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutamanya Bahagian Pahang Gerakan dan Bahagian Cameron Highlands.

Keputusan itu dipersetujui kerana fokus utama gerakan untuk memperkukuhkan parti tersebut dan bukan terlibat dalam Pilihan Raya Kecil.

Selain itu, ia mengambil kira kerusi berkenaan bukan kerusi tradisional Gerakan.

Namun, sebagai parti politik bebas, Gerakan memiliki kira-kira 1,300 ahli yang akan mengundi pada pilihan raya kecil nanti, kami akan memerhatikan dan menilai bakal calon untuk menentukan sokongan.

“Gerakan dengan bertahun-tahun menawarkan perkhidmatan dan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat setempat, kita mempunyai pemahaman yang baik mengenai isu atau masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Walaupun tidak bertanding, kami akan terus bersuara untuk rakyat sebelum, semasa dan selepas pilihan raya itu,” kata Kah Keong. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan