Pasukan THA72 dari Thailand ketika beraksi dalam acara kelas Racing memulakan perlumbaan pada hari keempat Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2019

LANGKAWI – Pasukan dari Thailand, THA72 dilihat bergelut untuk meraih kejuaraan kali ketiga pada Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019 dengan kehadiran pencabar terbaru, Team Hollywood Provezza dari Australia.

Bagi Ketua Pasukan THA52, Kevin Whitcraft agak mustahil untuk pasukan berada di depan tahun ini kerana Team Hollywood menggunakan kapal variasi baharu, TP52 Series tahun 2015, yang lebih laju.

MGF11012019_REGATTA LANGKAWI23
Ketua Pasukan THA52, Kevin Whitcraft bercakap pada hari keempat Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2019

“Peluang untuk kami kekalkan kejuaraan tahun lalu sudah lebur, jadi kami kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh menang tahun ini. Impian kami untuk hatrik 3 kali berturut-turut tidak dapat dicapai.

“Mereka belayar dengan baik, mereka ada pelayar berkelas dunia,” katanya ketika ditemui di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC).

THA72 berjaya mempertahankan gelaran juara berganda bagi kelas Racing pada 2017 dan tahun lalu.

Kali terakhir pasukan itu bergelas juara berganda bagi kelas utama adalah pada 2014 dan 2015 ketika dibawah kendalian Peter Ahern.

Ujarnya Kevin lagi, Team Hollywood seakan sukar ditewaskan disebabkan dua faktor utama, iaitu faktor kapal dan pasukan.

“Team Hollywood amat kuat sebab mereka ada kapal baru dan pasukan yang bagus. Kami bergelut untuk bersaing dengan mereka tahun ini. Saya rasa kami kena kerja kuat lagi untuk persaingan hari esok,” katanya lagi.

MGF11012019_REGATTA LANGKAWI24
Ketua pasukan SCS Janda Baik, Mohd Khairul Shahril Zakaria bercakap pada hari keempat Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2019

Mengekori Team Hollywood dan THA72 adalah SCS Janda Baik yang diketuai Mohd Khairul Shahril Zakaria.

Menurut beliau, keempat-empat kapal iaitu THA72, SCS Janda Baik, Uranus dan Zuhal bukanlah saingan Team Hollywood.

“Team Hollywood mustahil untuk dikalahkan sebab mereka ada kapal yang terbaharu. Dan dari segi Regatta, Uranus, Zuhal dan Janda Baik tidak sepatutnya berada dalam kelas ini bersama dengan Team Hollywood dan THA72.

“Karektor kapal sangat berlainan tapi peraturan perlumbaan menyatakan bahawa mesti ada lagi kapal untuk cukupkan satu kelas,” katanya lagi.

MGF09012019_REGATTAR LANGKAWI04
Pasukan SCS Janda Baik dari Malaysia ketika beraksi dalam acara kelas Racing memulakan perlumbaan pada hari kedua Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JANUARI 2019

Dua lagi pelumbaan berlangsung hari ini milik Team Hollywood yang jauh meninggalkan pesaingnya, THA72 dan SCS Janda Baik dengan mendapat dua mata.

Dari segi kedudukan mata, pendahulu perlumbaan Team Hollywood berada di hadapan dengan 7 mata, dan THA72 dengan 14 mata.

Di tempat ketiga milik SCS Janda Baik dengan 25 mata manakala pasukan Angkatan Tentera Laut, Zuhal naik dari tempat tercorot dengan perbezaan 3 mata di belakang.

Satu lagi pasukan Angkatan Tentera Laut, Uranus di tempat kelima dengan 29 mata. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast