Halim Mazmin
Ketua Eksekutif Kumpulan Halim Mazmin, Tan Sri Halim Mohammad bercakap pada Randau Pasca Kongres KBN di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) Bina Daulah, Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM, 22 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR- Pengasas Halim Mazmin Berhad, Tan Sri Halim Mohammad dilantik sebagai pengerusi ketujuh Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Matrade berkata, ia merupakan pelantikan kedua Halim sebagai pengerusi agensi berkenaan.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai pengerusi pada tahun 2004 sehingga tahun 2010 dan sebelum itu merupakan ahli lembaga pengarah agensi tersebut selama lapan tahun.

“Di bawah kendaliannya, beliau (Halim) telah melahirkan idea untuk memperkenalkan sesi pemadanan perniagaan khusus yang dipanggil misi memanggil pembeli yang kemudiannya dikenali sebagai program penyumberan antarabangsa,” katanya.

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia juga telah menjadi sebuah pameran perdagangan halal terbesar dunia.-MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan