Cristiano Ronaldo

LONDON – Pemain sensasi Cristiano Ronaldo diminta supaya memberikan sampel DNA untuk membantu siatan dakwaan kes rogol seorang wanita yang dikaitkan dengan dirinya pada 2009.

Polis Las Vegas mengeluarkan waran supaya sampel DNA Ronaldo diambil.

Peguam yang mewakili Ronaldo berkata, ia merupakan prosedur biasa yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan bagi kes seperti itu.

“Ronaldo kekal dengan pendiriannya. Apa yang berlaku di Las Vegas pada 2009 adalah atas kerelaan kedua-dua individu.

“Jadi tak pelik kalau diminta DNA, ini sekadar sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa sahaja,” kata peguam berkenaan menerusi satu kenyataan lapor BBC.com.

Dalam pada itu, laporan majalah sukan mingguan Jerman, Der Spiegel, pihak Ronaldo pernah menghubungi wanita itu pada 2010 untuk menyelesaikan kes mereka tanpa sebarang campur tangan perundangan.

Malah, wanita itu dikatakan menerima tawaran sejumlah wang daripada Ronaldo jika dia bersetuju untuk tidak mendedahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun wanita itu enggan berbuat demikian sebaliknya mencabar untuk mendedahkan hal itu kepada umum. – MalaysiaGazette