foto FAREEZ FADZIL, 03 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR- Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan kurangnya keyakinan berhubung perbincangan perdagangan AS-China telah diimbangi oleh jangkaan pasaran bahawa tanpa kenaikan kadar harga oleh Rizab Persekutuan tahun ini.

Pada 9.19 pagi, ringgit tidak berubah berbanding 4.0950/1000 penutup semalam.

Peniaga berkata, peniaga menggunakan pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sebelum membuat langkah seterusnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura, yang mana ia merosot kepada 3.0291/0337 daripada 3.0286/0334 penutup Khamis.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.7784/7840 daripada 3.7882/7931, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2232/2300 daripada 5.2256/2337 dan lebih kukuh berbanding euro pada 4.7146/7212 daripada 4.7191/7253. – BERNAMA