KUALA LUMPUR – Sistem Lingkaran Lebuhraya-Kajang Sdn. Bhd. pemegang konsesi bagi Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan menganjurkan Program Derma Darah pada Khamis depan.

Orang ramai dijemput untuk menyertai program ini yang diadakan di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK, Plaza Tol Sungai Balak bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Orang awam boleh mengikuti perkembangan program menerusi Twitter @SILKHighway dan Facebook di PROLINTAS Highways. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8921 0123 atau [email protected] – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan