Sesi fotografi bersama penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza pada Majlis Pelancaran Album Simetrisiti di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini menyambut hari jadinya yang ke-40.

Menceburi dunia seni ketika usia remaja 16 tahun, ratu pop itu telah menerima lebih 300 anugerah tempatan dan antarabangsa sertamembuat persembahan dalam lebih 50 konsert sepanjang penglibatan beliau selama 23 tahun dalam industri muzik.

Pada masa ini, beliau tersenarai sebagai salah seorang artis Malaysia yang terkaya, paling berpengaruh, menerima paling banyak anugerah dan menghasilkan paling banyak single.

Siti Nurhaliza juga ialah salah seorang artis Malaysia yang laris. Jualan album beliau sahaja  menyumbang kepada 10 peratus jumlah jualan album di Malaysia pada 2001.

Setakat ini jualan album beliau mencecah lebih enam juta unit.

Biarpun mencapai banyak kejayaan, penyanyi “Anta Permana” itu berkata tiada apa lagi yang dihajatkan beliau selain daripada kesihatan yang baik dan mampu untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Bersempena konsert jelajah itu, satu dokumentari berjudul “They Call Me Siti: One Woman, Two Decades of Music, Ten Thousand Miles” akan ditayangkan di layar perak.Penerbit Eksekutif Shiraz Project, Shirazdeen Karim yang akan mempromosikan Siti Nurhaliza sebagai  Ratu Muzik telah memperuntukkan lebih RM10 juta bagi tujuan itu, menjadikannya mungkin konsert jelajah yang mempunyai belanjawan tertinggi bagi mana-mana penyanyi Malaysia.

Tiket untuk konsert di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini berharga RM1,295 (termasuk berjumpa dan beramah mesra), RM495, RM355, RM255, RM155 dan RM105 boleh didapati di myticket.asia. – MalaysiaGazette