Xiomi

BEIJING- Gergasi telefon pintar China, Xiomi Corp merancang untuk mengukuhkan operasinya di Eropah tahun ini apabila perang perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) telah memusnahkan peluangnya untuk meluaskan perniagaan ke negara Uncle Sam itu.

“Pasaran Eropah adalah fokus utama bagi perluasan antarabangsa kami tahun ini.

“Kami merancang untuk menjadikan Xiomi sebagai telefon pintar pilihan pertama atau kedua di pelbagai negara di Eropah terutamanya Sepanyol,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lei Jun dalam satu pertemuan di sini.

Strategi berkenaan adalah bertentangan dengan apa yang diumumkan Xiomi pada Mac lalu apabila ia mahu meluaskan operasi ke AS menjelang akhir tahun 2018 atau awal tahun ini.

Syarikat itu merancang untuk melancarkan telefon pintar reka khusus untuk pasaran AS dengan pengedarah disokong oleh pengendali-pengendali rangkaian mudah alih utama negara tersebut.

Perubahan strategi yang diterajui Lei itu menunjukkan perang perdagangan AS-China telah memberi kesan buruk kepada industri berteknologi tinggi China.

Konflik tersebut telah mengamcam peluasan perniagaan China dari segenap sudut termasuk telefon pintar, peralatan rangkaian tanpa wayar dan kereta pemanduan sendiri sehinggalah kepada sektor semi-konduktor, e-perdagangan dan teknologi kewangan.-Agensi

 

Tinggalkan Jawapan