WASHINGTON – Penutupan sebahagian operasi kerajaan Amerika Syarikat dijangka menyebabkan pertumbuhan pekerjaan berkurangan sebanyak 500,000 pada Januari dan meningkatkan kadar pengangguran melebihi empat peratus melainkan Washington berjaya menyelesaikan isu tersebut sebelum Jumaat depan.

Menurut pakar-pakar ekonomi seramai 800,000 kakitangan kerajaan bakal tidak menerima gaji mereka pada Jumaat ini disebabkan oleh penutupan operasi yang bermula pada 22 Disember lalu apabila Presiden Donald Trump meminta Kongres AS memberikan peruntukan sebanyak AS$5.7 bilion setahun kepadanya untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico.

Jabatan Buruh yang tidak terjejas dengan penutupan operasi tersebut melakukan kaji selidik kepada majikan dan isi rumah bagi mendapatkan data pekerjaan yang termasuk ketiadaan pembayaran gaji dan kadar pengangguran sepanjang minggu berkenaan.

Bagi bulan ini, tempoh gaji buat kebanyakan pekerja kerajaan persekutuan termasuk minggu ke-12 adalah pada 6 Januari sehingga 19 Januari.

Kira-kira 380,000 pekerja terpaksa bercuti manakala bakinya bekerja tanpa gaji.

Pekerja-pekerja yang dipaksa bercuti mungkin dikira sebagai penganggur sekiranya kerajaan masih gagal beroperasi pada minggu depan. – Agensi

Tinggalkan Jawapan