Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis APC KPDNHEP di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 07 JANUARI 2018
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. foto IQBAL BASRI, 07 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memasukkan harga minyak di Brunai dalam senarai carta perbandingan harga komuditi itu dengan negara lain di ASEAN.

Ketiadaan Brunei, yang merupakan negara pengeluar petroleum, dalam carta tersebut dilihat warganet sebagai cubaan kerajaan mahu menunjukkan harga minyak di Malaysia masih rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,  berkata, adalah tidak masuk akal untuk menyorokkan maklumat harga minyak di Brunei rakyat boleh menyemaknya.

“Saya komited untuk sentiasa terbuka komunikasi maklumat terutamanya isu harga minyak ini.

“Oleh sebab topik harga minyak itu dibincang secara telus dan terbuka, saya telah arahkan maklumat harga Brunei yang tertinggal ke dalam paparan dimasukkan.

“Tiada sembunyi maklumat kerana pengguna adalah berhak kepada setiap maklumat,” katanya dalam akaun Twitter hari ini.

Dwn8dQIVAAE257V
Carta perbandingan harga petrol di semua negara ASEAN kecuali Brunei.

Semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mengulas surat arahan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, ramai yang mengecam kerajaan Barisan Nasional apabila membuat perbandingan harga minyak dengan negara lain kerana berpendapat ia tidak relevan.

Surat bertarikh 11 Januari 2019 yang ditandatangani Datuk Muez Abd, Aziz itu menyatakan jemaah menteri yang bermesyuarat pada 2 Januari lalu mengarahkan supaya semua stesen minyak memaparkan perbandingan harga runcit produk petroleum di Malaysia dengan negara-negara ASEAN.

“Harap dapat dipaparkan harga petrol di Brunei juga. Baru lengkap ASEAN,” kata Khairy.

Menurut Saifuddin, jika harga minyak di negara lain turun tetapi Malaysia tidak turun, sudah tentu pengguna boleh persoal dan tanya kerajaan kenapa harga komoditi itu tidak turun.

Itu hanya boleh berlaku jika kerajaan telus dan terbuka dalam memaparkan harga runcit petrol negara-negara jiran, katanya.

Tambah beliau, pemerkasaan hak pengguna bermula apabila pengguna mempunyai informasi penuh untuk satu produk, apatah lagi harga runcit petrol yang sensitif.

Oleh sebab itu, kata beliau, pihaknya memaparkan harga petrol negara lain agar pengguna tahu dan maklum.

“Sekali lagi terima kasih Sdr bangkitkan isu ini. Maklumat Brunei yang tertinggal itu akan dimasukkan dan saya telah minta pegawai lebih peka,” katanya.

Tinggalkan Jawapan