Gambar hiasan. Foto Reuters

NEW YORK- Harga minyak jatuh hampir dua peratus pada Jumaat didorong kebimbangan pelabur terhadap kelembapan ekonomi global dan perang perdagangan Amerika Syarikat-China namun masih memperolehi sedikit untung daripada rali untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih baik.

Kontrak hadapan Brent jatuh AS$1.2 untuk ditutup pada AS$60.48 setong (rugi 1.95 peratus manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate jatuh AS$1 untuk ditutup pada harga AS$51.59 setong (rugi 1.9 peratus).

Namun, kedua-dua penanda aras masih menyaksikan keuntungan buat minggu kedua dengan Brent naik kira-kira enam peratus dan WTI naik 7.6 peratus.

Penanda aras minyak mentah global mencatatkan rali sembilan hari berturut-turut buat kali pertama sejak September 2007 pada Khamis.

WTI yang merekodkan keuntungan buat hari kesembilan berturut-turut juga berjaya mengatasi rekod pada 2010.

“Selepas beberapa hari mencatatkan peningkatan, pasaran akan berehat seketika,” kata penganalisis pasaran tenaga di CHS Hedging LLC, St. Paul, Minnesota

Pelabur masih kekal berjaga-jaga terhadap data ekonomi baru-baru ini yang sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi global .- Agensi