ETS
Tren ETS Berpaparan Beautiful Terengganu di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah empat lagi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral- Ipoh serta laluan KL Sentral-Butterworth sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut KTMB dalam satu kenyataan hari ini, perkhidmatan tersebut dijadual beroperasi pada 1 hingga 4 Februari dan 7 hingga 10 Februari depan bagi memenuhi permintaan serta memberi perkhidmatan kepada orang ramai untuk bercuti dan meraikan perayaan bersama keluarga di kampung halaman.

“Jualan tiket tren tambahan ini akan dibuka pada 14 Januari (Isnin) mulai 8.30 pagi,” menurut kenyataan itu.

Tiket tren tambahan ini boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tambahan KTMB dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau melayari laman web www.ktmb.com.my. – Bernama

Tinggalkan Jawapan