Kazuyoshi Miura
Kazuyoshi Miura

YOKOHAMA – Bekas penyerang antarabangsa Jepun yang berusia 51 tahun masih belum puas bermain bola, malah pemain itu menandatangi perjanjian baharu dengan kelab bola sepak Jepun

Karier Kazuyoshi Miura masih tiada penghujung apabila memperbaharui kontrak untuk tempoh sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi, lapor goal.com.

Pasukan divisyen dua J-League, Yokohama FC mengumumkan penyambungan kontrak dengan pemain berusia 51 tahun itu, sekali gus memberi peluang memperbaharui rekodnya sendiri sebagai pemain tertua menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif.

Miura yang lebih dikenali dengan jolokan ‘King Kazu’ memecah rekod Stanley Matthew sebagai pemain profesional tertua menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif pada 2017.

Pada tahun lalu beliau tampil sebanyak sembilan kali dengan Yokohama FC namun gagal menjaringkan gol. Beliau bersara daripada arena antarabangsa 18 tahun lalu dengan mencatatkan 89 cap dan 55 gol untuk Jepun. – Agensi

Tinggalkan Jawapan