Pasukan Team Hollywood-Provezza dari Austalia ketika beraksi dalam acara kelas Racing memulakan perlumbaan pada hari kelima Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 12 JANUARI 2019

LANGKAWI – Team Hollywood dari Australia dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas Racing pada Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) ke-17 yang berakhir hari ini.

Ketua pasukannya, Ray Roberts berkata, permulaan yang baik sejak Selasa lalu dan semangat pasukan yang berada pada tahap tinggi membuatkan mereka merangkul kejuaraan itu buat kali pertama.

MGF12012019_REGATTA LANGKAWI24
Ketua Team Hollywood-Provezza, Ray Roberts menunjukkan trofil selepas meraikan kejuaraan dalam acara kelas Racing pada hari kelima Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 12 JANUARI 2019

“Minggu ini adalah yang terbaik dalam perlumbaan yang kami sertai, angin amat konsisten sehinggakan ada kapal yang patah layarnya, namun pasukan kami dapat mengharungi segala kesulitan dan dapat perlumbaan yang baik semasa di perlumbaan akhir.

“Kami ada pesaing yang kuat, antaranya daripada pasukan Thailand, THA52 dan dua pasukan Angkatan Tentera Laut. Setiap kali kami di hadapan, mereka tetap beri persaingan yang kuat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Untuk rekod, ini adalah kemenangan ketujuh buat Ray Robert sejak 2006 dengan pasukan Evolution Racing, Quantum Racing, dan Ulumulu Quantum Racing.

Pasukan itu merampas gelaran juara daripada THA72 dari Thailand dengan kutipan sembilan mata keseluruhan.

THA72 yang dikemudi Kevin Whitcraft terpaksa akur berada di tempat kedua dengan ketinggalan 8 mata.

Kapal TP52 series itu turut disertai dua pelayar adik-beradik berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan Khairunhanna.

MGF12012019_REGATTA LANGKAWI23
Ketua Team Hollywood-Provezza, Ray Roberts bersama pasukannya meraikan kejuaraan selepas beraksi dalam acara kelas Racing pada hari kelima Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 12 JANUARI 2019

“Kami gembira untuk dapat juara keseluruhan.

“Pasukan kami terdiri daripada seluruh negara terutamanya dua anak tempatan. Kami pastinya akan kembali tahun depan lagi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette